sedih sebab blog lama sudah tak dapat dibuka! tapi jangan risau hakak akan sentiasa update melalui blog ni pulak! keep support #miminators
August 8th, 2015

Saturday, August 15, 2015

The other short escape Pulau Pangkor, Perak

Assalamualaikum wbt

Akhirnya berjaya juga plan laju the va va voom hakak ke pulau pangkor. Sebenarnya tak kisah pun nak ke mana, janji memang nak buat short escape ke pulau memana dalam malaysia ni sebelum result final keluar 14/9/2015 haritu!

Plan yang memang tak sempat habis bincang tiba tiba je dah terus tempah pakej. sebab nama pun plan express makanya banyak jugalah masalah. Masalah tak adalah besar mana tapi cukuplah buat member aku yang sorang ni kabut. Hahahah 😂😂 sorry emmy

Plan tetiba ni muncul lepas emmy, member hakak ni survey pakej percutian dekat ig, dirancakkan lagi dengan hakak yang nak sangat ke pulau so masa dia ajak hakak memang terus on je! Walaupun...tengah kering kontang poket haa maka teruslah jadi percutian bajet ke pangkor

Maka segalanya bermula dengan IG bawah ni 👇🏻👇🏻 



Berbekalkan MYR 400 dana yang berjaya diperuntukkan,alhamdulillah... Hehehe maka dapatlah hakak menjayakan rancangan ke pangkor ni. So paling busuk pun korang habis belanja 400 hengget je untuk ke pangkor yang ni ialah bajet perjalanan dari Johor Bahru-> Lumut by bus, perjalanan sepanjang di pangkor ( sewa taxi pink ), makan, snorkeling, kayak, makan, penginapan. Senang cerita all in lah. So far aku rasa bajet ni okay je! Berpatutan

Tapi nak tahu tips lagi bajet untuk ke pangkor?

#Tips 1 : Datanglah weekday! Jangan datang masa weekend dan public holiday terutamanya sebab menurut uncle yang bawa kami ronda di Pangkor, masa weekend+public holiday ni hotel or chalet banyak full house dan nanti harga makanan penginapan pun semua akan naik. So kalau nak super saver eh jimat! Maka datanglah masa weekday

Ni lah uncle yang baik hati jadi tour guide hakak masa dekat Pangkor. Dia dah stay lebih 20 tahun so banyak benda dia tahu 😊

#Tips 2 : Kalau datang waktu weekend, tak payah bother dengan pakej pakej percutian yang ada tak kisahlah di instagram ke di jetty ke ape ke since mengikut akak receptionist tempat yang hakak stay, biasanya dealer ni akan ambil untung sikit so misalnya korang bayar pakej snorkel kayak etc harga sebenar myr 25 akan jadi myr 45 markup sebanyak myr 20-30 gitu so baik cari sendiri je pakej pakej yang ada dekat tepi tepi pantai teluk nipah, pangkor. Kalau tak markup dekat pakej laut mungkin akan ambil untung penginapan. But then kalau siapa yang malas nak fikir panjang nak susahkan diri boleh je ikut pakej yang korang jumpa kat ig tu.

Gitu kak ton peace! Hehe akak ni baik je tapi betul ke nama akak ni kak ton.ala lupa tapi betul lah, kalau tak silap hakak lah. 

#Tips 3 : Seboleh bolehnya booking atau cari hotel atau tempat penginapan tu dekat area teluk nipah, pangkor. Sebab makanan, mart, senang cari dekat sini guna kaki! Haha! Plus pantai yang elok dekat pangkor, yang boleh mandi pun pantai kat teluk nipah je..Jimat bab pengangkutan!


Hakak stay dekat Seagull Beach Resort, okay lah hakak memang okay je asalkan tandas bersih, ada heater tak adalah menggelupor sejuk pepagi nak mandi, towel dapat setiap sorang, WIFI free! Bonus lah ada air cond, tv astro! Cuma kelemahan dia ada dua je plug! Hahah so kalau siapa nak stay sini silalah bawa extension ye! Plus dekat sini banyak beruk so tingkap kena sentiasa tutup takut monyet masuk. Tapi so far tak kena kacau pun. Okay je! hakak ambil bilik untuk 4 orang dapat MYR 100/night

Okay itu jelah setakat ni tips yang hakak boleh bagi! 

Macam mana nak ke pangkor? 

Pertama sekali dari tempat korang tu kalau naik bas macam hakak ni, boleh direct ke terminal bas lumut, dari sini jalan kaki lintas jalan sikit terus sampai ke jeti lumut terus beli tiket dua hala harga MYR 10 dan make sure simpanlah naaa tiket dia ni

Ambil masa dalam 10 minit je dalam feri, lepastu jangan terkejut tau sebab feri ni akan berhenti dua kali, yang pertama dia akan berhenti hantar orang dekat jeti di perkampungan nelayan so korang turun lah dekat jeti pangkor, jeti yang kedua okay! Jangan salah turun tau!


Kalau tak nak bingit telinga, naiklah duduk di tingkat atas dalam feri ni! Lepastu ada pintu so boleh keluar jugak!

Sampai je jeti teruslah turun dan jangan bother dengan sebarang pakej apa apa pun termasuklah pakej kereta ke moto ke apa k? Sebab apa? Sebab jimat hahahah 

Nanti ambil texi warna pink tu terus ke teluk nipah! Banyak je resort memurah dekat area sini so datang je okay! 
Percayaaa pada diri dengan harapan dan keyakinan uuuuu 😂

So sepanjang 3 hari 2 malam hakak dekat pangkor, okay je tak ramai orang sebab datang hari biasa hari isnin, plus kedai makan pun satu je yang buka! Haha tapi nasib baik dia masak sedap! Harga pun standard memana tempat pulau dalam MYR6-7 

Teh ais dia sumpah terbaik! Tak tipu okay! 

Untuk hari pertama tu sesampai just ke pantai terus memain dekat tepi pantai




Hari kedua kitorang buat segala jenis aktiviti laut, sedih sebab tak bawa waterproof casing maka gambar snorkel dengan kayak tak dapat nak ambil! 


Oh satu hal lagi, dekat sini kalau snorkel dapat nampak ikan je plus kau kena hiking sikit dekat pulau giam tu! Hahaha first time lah dalam hidup aku nak pergi snorkel kena hiking! 

Dah lah memang berpandukan denai sebab takde orang yang akan tunjuk memang kau ikut naluri je! Lepastu tempat snorkel dia air keruh tak nampak lah batu karang nye! Mungkin waktu kitorang datang ni yang tak sesuai kot so air tengah keruh sebab hari sebelum tu hujan ribut kat perak! Sedih dopp ombak pun kuat! 

Oh tapi sebenarnya kalau korang berjiwa kental macam cuoldz ni boleh je tak payah hiking balik masa nak balik ke pantai depan Pulau Giam ni since boleh je berenang balik dari area snorkel tu! Cuma yang jadi penghalang sama ada juwa kau kental atau tidak je! Sebab air masin dengan ombak kuat! Lepas fefikir hakak rasa hakak pun tak sangka hakak boleh berenang sekental itu! Ini semua sebab taknak hiking naik balik pulau Giam tu sebab denai dia licin plus kitorang berkaki ayam je masa hiking tu! Hahahah

Memang satu hari lah kitorang ditinggalkan dekat pulau giam ni, nasib ada mini kedai ada brother ni..masa first first turun dari boat rasa macam 'oh my ni lanun ke camna! Scary siottr dengan rambut panjang tak pakai baju peh peh peh tapi leastu brother ni pakai lah baju hahaha


Tapi hakak silap chuoldzz, brother tu baik gila! Peramah saaaaangat! So jangan takut sembang jelah dengan dia hahahha

Disebabkan lapar sangat so hakak sempatlah order burger daging (MYR 4) megi hotcup perisa tomyam (MYR 3) dengan air tin tu (MYR 3) maka nasihat hakak kalau rasa bakal kebuloq nasi tapau/bungkus lah awal awal dan bawa je ke Pulau Giam ni okay!

Lepas satu hari kat laut, esoknya sebelum betangkat balik hakak sewa lah satu taxi untuk jalan ronda ronda pangkor. Mengikut uncle tu pangkor ni kecil je, kalau jalan kaki 4-5 jam je akan sampai balik starting point tu, naik kenderaan dalam 40 minit camtu. So memang kecik je

Dulu pangkor ni lagi cantik lah daripada sekarang kata uncle ni lagi. So ramai foreigner datang tapi sekarang sebab dah tak terjaga sangat plus makin ramai yang duduk dalam pulau pangkor, kebersihan dah mula tak terkawal tu yang uncle kata pantai makin kotor, so bila dah tak ramai yang datang airport pun ditutup. Haa hakak pun baru tahu pangkor ada mini airport chawlss!  


So lepas reronda tu terus kitorangdi hantar semula ke jeti pangkor..balik tu pun sama ya tunggu second stop baru turun heheh

So bagi hakak, okay je pangkor! Sebab tak pernah pergi maka rasa berbaloi je lagi berbaloi bila dapat habiskan masa enjoy dengan memember yang ngam sekepala so yeayyy! 

Thank you emmy shee and liza for make it happen! Sumpah best having you guys with me during this trip! Love you girls! 😘😘😘

By the way result dah keluar, alhamdulillah atas rezeki kali ni! Tak sangka tinggal lagi setahun! Satu lagi semester! Final year project next semester gaisss! Pray for me! 😔


P/s:
Hye, Result okay? Pointer berapa mi?
Naaaah, why bother chawlsss















Saturday, August 8, 2015

Makan dan makan

Assalamualaikum wbt

Harini 8/8/2015 memang ramailah yang dok rebut tarikh ni untuk buat kenduri kahwin and open house. Pulak tu dah last week raya kan berlumba lumba pulak open house nya

So daripada semalam satu hari attend open house rumah member sekolah, harini datang seremban pulak ada wedding.

Semalam attend 3 rumah je tapi dia punya kenyang tu macam datang berpuluh rumah! Hahah





Yang lawaknya nak pergi rumah baru member, tapi agak ke dalam so internet tak dapat, guna yes 4G pun kalau takde coverage tak guna jugak, dah lah beli gb bebanyak tapi cepat noh habis data padahal tengok video sekali dua je.. O aku tak suggest korang pakai yes! Jangan pakai nanti menyesal macam aku dah lah ada kontrak! Huhu sedih * eh lri topik jap


Okay berbalik kepada cerita, sebab rumah pertama ni rumah member sehati sejiwa seqalbu, so sesampai je rumah terus masuk dapo tolong basuh pinggan! Haha! Kau hado? Sebenarnya memang kesian pun tak menang tangan ha ramai sangat orang yang datang
Lepas dah petang sikit barulah gerak ke rumah member lain. Thank you semua yang sudi ajak hakak ke rumah! Sampai juga rumah korang heheh

Banyak sangat makan semalam semua sesedap pulak tu! Alhamdulillah! Tapi tulah sebab sedap sangat sampai tak terambil gambar makanan nya. Gambar orang jek yang ada haha



Aku sampai rumah dah dalam 1 pagi terus packing sebab esok paginya terus naik bas ke seremban pulak! Haha! 😴😴😴


Masa ni pagi tadi! Ya Allah dia punya mengantuk tu lepas je ambil gambar ni terus pasang earphone bukak lagu terus tidur. Sedar sedar dah sampai tol seremban! Hahahahhaha

Memang muka fresh from over bakhang pergi kenduri kahwin pagi tadi


Thank you shee ambil dari terminal one terus direct ke wedding dekat dewan orang ramai tasik titiwangsa tak silap aku nama tempat dia

Sesampai je sebab dah lapar kan tengahari terus makan dulu hahahah tak senonoh sungguh!


Dah lama sangat tak pergi wedding, so bila pergi ni rasa macam raya pun ada jugak! Sedap masha Allah aku makan ikutkan kalau majlis sepupu sepapat sendiri ni gerenti aku bertambah! Haahhaha tapi cendol tu memang aku tambah 3 kali chawls!! 

Thank you jemput mi! Selamat pengantin baru abang long rahimi! Moga bahagia sampai ke akhir hayat! Abang kau dah jalan, kau bila lagi? Hahahaa aku harap lagi dua tahun aku mai sini lagi lah nahhh 😎

Lepastu terus lah aku pergi ke next jemputan pulak dekat je dengan stadium paroi. Kali ni satu majlis ada 2 pair pengantin chawls! Aku tak pernah pergi wedding pengantin ramai..first time bakhang! Hehehhe



Selamat pengantin baru kak long and kak ngah wardah! Dan pasangans! 😁😁

Dekat sini pun aku bedal lagi hahahaha tetiba lapar balik kan


Ayam rempah dengan daging lemak tu yang aku tak boleh tahan. Sedaaaap bakhang!!!! 

Thank you lah untuk semua yang jemput kitorang! Hehe

Harini tidur semalam dekat taman margosa, rumah makcik roomate masa diploma dulu! Sesampai je terus terhidang cream puff super sedappp hasil air tangan mak teh emmy! Ya allah yang ini lagi sis tak kuad. Since mak teh dia memang ambil upah baking ni. Cakap je nak apa insha allah mak teh boleh settle kan. Ni jap lagi nak tengok mak teh dia buat congo bars lak!


Harini memang murah rezeki! Hari semakan sedunia untuk insan bergelar aku 

Alhamdulillah. Till then

XOs.

Tuesday, August 4, 2015

V APPS! Thank you naver corp! 😘

Bangun je tido 5/8/2015, first thing first lepas mandi terus check phone and dapat tahu yang V Apps dah boleh download for ios. 

Apa benda v apps ni kan? Lagi lagi untuk anti KPOP mesti lah tak tahu binatang apa apps ni. Actually dia satu apps untuk siarkan video video live streaming khas daripada korea untuk international fans. 

Before ni ada je live streaming tapi through naver punya web, and aku dah cuba masa LIVE COUNTDOWN BIGBANG MADE SERIES D, tapi rumit gila bakhang!! So bila naver keluarkan apps ni memang mudah semudahnya untuk peminat tegar bigbang (Proud to be VIPs) macam aku ni nak tengok bigbang live!!



Pulak tu apps ni available just on time, since harini BIGBANG COUNTDOWN LIVE untuk Album MADE SERIES E!! Just on time bakhang!! Maka terus lah excited bedah download and chat dekat apps ni, since dia ada chatroom sendiri 

Lepas tu walaupun waktu show time tak sama tapi apps ni akan make sure dia ikut waktu negara kita macam contoh countdown tadi start 11 pm KST tapi since aku ni di malaysia maka dia tunjuk yang actually start 10 pm MT. Plus dah boleh buat notification so memang kau tak akan terlepas lah moment penting. Amboi cam nak buat ape je


Nak log in pun senang, either guna account facebook or LINE je. Senang gila!


And macam tadi untuk BIGBANG COUNTDOWN LIVE untuk Album MADE SERIES E mula mula ingat tak ada english sub, so macam takut gak pishang tak faham apa pulak depa habaq  kan..


 Sat lagi ada chawls!!!!!! Walaupun tak ada lah sebutir butir yang depa cakap tu ditranslate kan but atleast faham lah juga kan. ㅋㅋㅋ


So untuk kpopers mai lah download V apps ni tak rugi pun! Boleh tengok previous videos pun, bukan bigbang je ada ramai lagi idol lain! Haa next ni shinee pulak! Lai lai

Thank you Naver Corporation sebab sudi buat aplikasi daebak ni!!