sedih sebab blog lama sudah tak dapat dibuka! tapi jangan risau hakak akan sentiasa update melalui blog ni pulak! keep support #miminators
August 8th, 2015

Sunday, March 6, 2016

Review Movie : Munafik 2016

Assalamualaikum wbt

harini aku nak buat spoiler review cerita seram yang tengah hangat dekat seluruh cinema semalaysia,

credit @google image
walaupun cerita ni dah release minggu lepas, finally, semalam aku dapat jugak tengok! sebenarnya plan asal nak tengok jumaat malam sabtu, tapi nak tengok cerita ni pun drama gila

lepas dah survey showtime semua, so aku pun decide lah nak tengok dekat cinema yng dekat je dengan rumah aku yang macam dalam 5 minit je dah sampai, so aku pun confident gila ingat tak ada orang dekat situ so aku pun pilihlah nak tengok showtime pukul 8.30pm and gerak dari ruumah dalam pukul 8.10pm macam tu since MBO kat area rumah aku ni tak adalah famous mana,

sekejap lagi aku naik je escalator dari bawah aku dah nampak orang beratur sampai ke luar kawasan cinema ni! peh peh! aku dah cuak dah apa pasal yang ramai sangat manusia ni

lepastu baru teringat weekend kan bebudak utm ramai lah ni nak tengok wayang jugak. so aku dengan member2 aku redha' jelah beratur walaupun panjang gila

sampai je dekat kaunter, boleh pulak dua show yang pertama ni selling fast lepastu tinggal row paling depan sekali! lepastu aku pun berlagak lah tak nak tengok dekat sini kita pergi cari cinema lain "eksen nak mampos terus bla naik kereta **

dalam kereta kitorang bertiga pun searchlah mana mana yang tayang lagi cerita munafik waktu tu tapi malang gila, semua pun sold out!!!! teruk gila! dasar munafik ini semua! kena game jek kitorang malma tu terus rasa sentap tapi nak tengok jugak so terus book online show sabtu petang and nasib baik dah book sebab memang ramai gila orang, mana yang nak tengok mermaid, zootopia, boboiboy pehh boleh begesel bontot lah weekend lepas kalau nak tengok wayang beratur panjang sebab ramai sangat orang..hahaha

okay cerita banyak pun tak berguna, meh lah aku review cerita ni

hmmm yang pertama sekali aku personally rasa cerita ni memang brilliant! best seram sedih cirit semua rasa ada masa tengok cerita ni! memang cukup rasa lah, plot cerita yang menarik, adalah part yang klise tapi kau still rasa seram, towards the end mindfuck jugak cerita ni, cis! dasar munafik punya orang tua!

cerita dia bermula pasal adam (syamsul yusof) *eh adam eh nama dia? hahaha short term memory lost* tetiba je dah terkejut beruk sebab tetiba bini dia, zulaikha mati kena langgar lari. adam ni ustaz lah kat kampong ni, antara ustaz yang rukiahkan orang orang yang terkena buatan orang ni. tapi lepas accident langgar lari ni dia macam tak redha gila gila yang bini dia dah tak ada, dekat sinilah dia macam nak cari siapa yang langgar lari bini dia, padahal dia ustaz kot, tapi dia macam ragu-ragu and tak redha atas semua kehendak ilahi kekdahnya

tetiba muncul watak maria (Nabila huda), dia ni macam depression, memula ingat sebab bapak dia kahwin dengan Sabrina ali, yang sebaya dengan dia.so dia macam takboleh terima tapi semua ni bermula lepas dia jumpa satu kotak mak tiri dia punya yang ada tangkal tapi sebenarnya kotak tu..jeng jeng jeng..bukan dia pun yang bukak, usik bagai, yang usik si adam, ha camne adam pulak yang pegang kan?

sebab tetiba si maria ni kena masuk dengan jin, nak dijadikan cerita walaupun adam ni dah taknak ubatkan orang tapi dah tak ada option lain sebab ustaz yang lain pergi mekah! so dia pun datang dengan ketua imam and fizz fairuz (another ustaz)..masa part nilah yang macam bangang sikit, aku bersyukur si maria ni pakai telekung warna purple pekat kalau pakai warna putih, ioldz dah nightmare dah..scene masa ni memang terbaik lah so silalah lah tengok bebtul jangan pejam mata

lepastu dia dah baik, Alhamdulillah, tapi jin ni still nak mengacau dia, banyak kali saaangat sampai penat aku yang tengok ni, nak bernafas pun macam tersekat sekat sebab sejuk seram semua rasa datang

ada satu scene ni si adam ni cangkul balik kubur bini dia sebab dia frust anak dia asyik Tanya mana mak dia..gila! dah lah ustad pastu dia buat scene dia macam dah gila! aku dah istighfa banyak kali dah..mindfuuu habis ustad jadi gila..and dia main dengan pocong! sesungguhnya aku sangatlah tak gemar hantu yang satu ni

disamping 2 watak yang crucial ni tak sangka ada watak sampingan yang rupa-rupanya main watak kot! sebab dia yang munafik dan kau takkan jangka! aku nak buat spoiler ni aku malas nak cerita plot a-z, aku nak buat spoiler jek siapa yang rasa nak baca bolehlah baca, yang taknak boleh terus tutup and tolonglah tengok cerita ni!

aku bagi 5 bintang! best and tak rugi kau tengok cerita ni

spoiler terhebat cerita ni



rupa-rupanya anak dia pun dah mati sekali masa langgar lari tu, pak Osman (ayah maria) yang munafik, dia yang nak bunuh adam tapi yang terbunuh family adam ni pulak, so bapak dia ni pun plan suruh maria ni yang langgar lari and dia hantar jin kat maria ni supaya adam dapat ubatkan dia. and prank adam untuk bawa adam pergi markas jin dia and nak bunuh dia! tapi akhirnya yang mati dia, kena sambar kilat, tapi kesian maria pun mati. bapak dia jahat sangat hanta jin nak bunuh anak dia jugak sebab anak dia dah tak nak ikut ajaran syaitan dia and nak bertaubat. dasar munafik punya pak Osman! geram jek.

hm tu jelah aku rasa till the,
mimiSJ ❤️