sedih sebab blog lama sudah tak dapat dibuka! tapi jangan risau hakak akan sentiasa update melalui blog ni pulak! keep support #miminators
August 8th, 2015

Wednesday, February 17, 2016

Cotton Candy Ice Cream, Morgan Hill

Assalamualaikum wbt


Haa siapa rasa macam pernah dengar pasal ice cream cotton candy yang tengah viral laaa ni?

Macam macam je kan idea orang sekarang but business! Hahaha 

So disebabkan dia dekat JB je maka hakak pun berdesap lah kereta lari jap pergi kedai dia

Morgan hill ice cream ni dekat KSL city Jb level LG so senang je nak jumpa kedai dia dekat dekat dengan Guardian 💁🏼


So ni antara menu yang ada dekat kedai ni, so hakak pun order lah A1 Rainbow Cotton Candy jek since nak rasa dulu 


Kedai dia pun cantik, tapi agak kecik so kalau orang ramai macam kena cari meja kat kedai lain jelah hahahhaha 

K tak

Nak makan ice cream ni pun kemahen ada guideline tauu, nak dijadikan cerita hakak tak perasan pun camne nak makan dia so teruslah cabut bahagian atas tu last last dah makan separuh baru ternampak ni

Bacalah dikau step by step! Hahahah ice cream dia sedap je rasa vanilla


Lepastu ada topping sikit dengan letup letup tu, ala hakak tak tau nama apa benda alah tu! Hahahah tapi layan lahh

Cerita dia cotton candy ni ko koyak koyak lepastu campo dengan ice cream vanilla diaa sampai lah menjadi 

Haa sebegini rupa...barulah nampak rainbow sikit hahahah

Towards the end tu adalah rahsia bahan surprise dalam ice cream ni! Hahahah 

Nak tahu apa? Kenalah cuba chawlsss 😝😝

So korang bolehlah cuba! Tak rugi pun sebab sedap je tapi rasa biasa biasa lah rasa ice cream vanilla jek

Hahaha k

Till then, mimiSJ ❤️

P/s: Jakun awai awai takdahal lah sebab hakak tengok semua pun dok bergambauu ja bila dapat ice cream 😂
 












Tuesday, February 16, 2016

Review movie: Ola Bola and DeadPool

Assalamualaikum wbt

So harini hakak nak review movie yang tengah terhangat di psaran ni sampai kutip 18 Juta kekdahnyaaa! Bravooo 👏

Cerita apa tak lain gak bukan, 

1) Ola Bola

Mungkin salah satu factor cerita dia buat promosi gila gila! Mana taknya setiap iklan dekat tv mesti pasal ola bola, ola bola best cerita pulak pasal bola mana tak terpengaruh hakak ni

Dah lah sekarang ni arena bola sepak tengah in so memang brilliant lah siapa yang buat movie ola bola ni


Ditemani popcorn gedabak ni, hakak pun masuk hall 1, main hall so tengok hall pun tak kosong mana walaupun weekday so ada je sambutan kan cerita dia 

Personal review pasal cerita ni,

Just okay lah! Jalan cerita dia menarik, cinematography pun cantikkk gila, tetiba tengok cerita ni macam terus nak pergi Sabah! Haha sebab shot yang dia ambil serious boleh buat iklan visit Sabah 2016 😂

Walaupun cerita dia permulaan agak slow tapi towards the end dah jadi interesting! Last last tu adalah rasa sebak tapi tak adalah sampai nak menangis 💃🏻 

Yang buat lagi best banyak muka baru so kita tak pernah nampak lagi depa berlakon dalam mana mana filem so kita takkan judge mutu lakonan dia and dorang tak nampak kaku langsung! Good job to all the actors! JC Chee tu comel pulak ☺️

Tapi 70% jalan cerita dia banyak sangat orang menjerit hahah 

Sebab conflict kan so asyik bergaduhhh jek tapi hakak suka gila watak Bront Palarae dalam Ola Bola! Menjadi lah so yeahh good job Bront! Tak pernah menghampakan kalau dia berlakon 🙌🏻
Hakak bagi 🌕🌕🌕🌗 bulan untuk cerita Ola Bola

2) Deadpool

Satu lagi cerita Marvel yang boleh tahan kebangangan dia! 

Cerita dia tak sampai 10 minit start dah boleh buat satu hall gelak


Dengan menggunakan student card hakak dapat harga RM9.43 jek babe! Hahahah

Jalan cerita yang menarik tak rasa mengantuk at all! Dan kali ni hakak puas hati dengan watak Deadpool yang baru ni! Barulah reveal the true deadpool punya identity yang banyak cakap 

Tapi serious banyak gila dirty jokes hmm ada yang hakak faham tu faham lah, yang tetiba dia cakap laki laki dalam hall gelak tu hakak tak faham apa tapi buat buat gelak jelah lulzz

Jalan cerita simple jek. deadpool ni nama betul dia wade wilson sebenarnya kena cancer last stage lepastu ada satu agent ni cari dia cakap boleh ubatkan dengan jadikan dia mutant tapi lepas dah baik muka dia terus hodoh sampai dia nak pergi jumpa awek dia pun tak ada confident, so agent yang jadikan dia mutant ni pun bukanlah baik sangat so dia larikan diri tapi lepas muka dia hodoh dia cuba nak cari balik si agent tadi untuk nak ubat balik kasi handsome balik. Ha tu jelah jalan cerita dia. Simple. Tapi sebab watak deadpool ni yang bangang beserta rakan rakan dia pun yang 2x5 bangang so wajarlah untuk korang pergi tengok! Sebab memang akan gelak tak benti

Dan make sure tunggu sampai habis jangan keluar hall awal awal, marvel kannn so kalau orang cinema tu dah bukak lampu pun make sure tunggu sampi habis sebab last last tu pun lawak lagi 😆

So hakak bagi 🌕🌕🌕🌕 bulan penuh untuk cerita ni! 

Till then, mimiSJ ❤️



Shake. Rooff

Assalamualaikum wbt

So untuk harini nak review satu kedai dekat street view berhadapan Danga Bay JB, Shake ROOFF 


Interior design dalam kedai ni pun boleh tahan cun, dan sangat selesa. Relax sesuai untuk chill lepastu dekat luar pun suasana best menghadap danga bay and dekat sini pun ada grill burger tp since hakak pergi petang dia tak set up lagi untuk burger so hakak order air jelah 😂

Sebelum ni tahu kedai ni pun daripada kawan lepastu terus usha instagram dia, sekarang kan memang trend air air macam ni so hakak pun tak nak lah lepaskan peluang nak cuba sekaki

Tujuan asal pergi tengok ola bola sekejap lagi hakak review pasal ola bola, lepastu macam nak lepak lepak dengan member teus berdesup kereta ke rooff ni

Hakak order dua je air, share tiga orang pun rasa banyak lagi! Hahaha so kalau korang setakat nak lepak borak borak ngeteh tu tak payoh gatal gatal nak order sorang satu sebab portion dia besarrrr so kalau order dua air pun dah boleh share ramai ramai

Nutella Pretzel - RM16.90 *highlyrecommend ❤️ 

Salted Caramel - RM17.90

Yang air nutella tu memang sedap! Nutella dia bagi banyak pulak tu layan gila dengan pretzel masin masin tu! Haihhh sambil minum tu boleh menangih sebab layannnn gila hahahha

Hakak tak berapa gemar sangat yang salted caramel ni sebab rasa macam susu (hakak tak suka susu putih tu hahah) lepastu curah caramel n popcorn dia cepat nau lemau maybe sebab dah serap whipped cream kot tapi dia ada letak mini vanilla ice cream magnum so yummehhh

So sesiapa yang sukakan kemanisan bolehlah cuba air hipsturrr katanya ni dekat sini! Dia ada je makanan lain dengar cerita nasi goreng dekat kedai ni pun boleh tahan sedap so yeahhh bolehlah korang cuba

Till then, mimiSJ 😘