Assalamualaikum wbt
So untuk harini nak review satu kedai dekat street view berhadapan Danga Bay JB, Shake ROOFF
Interior design dalam kedai ni pun boleh tahan cun, dan sangat selesa. Relax sesuai untuk chill lepastu dekat luar pun suasana best menghadap danga bay and dekat sini pun ada grill burger tp since hakak pergi petang dia tak set up lagi untuk burger so hakak order air jelah 😂
Sebelum ni tahu kedai ni pun daripada kawan lepastu terus usha instagram dia, sekarang kan memang trend air air macam ni so hakak pun tak nak lah lepaskan peluang nak cuba sekaki
Tujuan asal pergi tengok ola bola sekejap lagi hakak review pasal ola bola, lepastu macam nak lepak lepak dengan member teus berdesup kereta ke rooff ni
Hakak order dua je air, share tiga orang pun rasa banyak lagi! Hahaha so kalau korang setakat nak lepak borak borak ngeteh tu tak payoh gatal gatal nak order sorang satu sebab portion dia besarrrr so kalau order dua air pun dah boleh share ramai ramai
Nutella Pretzel - RM16.90 *highlyrecommend ❤️
Hakak tak berapa gemar sangat yang salted caramel ni sebab rasa macam susu (hakak tak suka susu putih tu hahah) lepastu curah caramel n popcorn dia cepat nau lemau maybe sebab dah serap whipped cream kot tapi dia ada letak mini vanilla ice cream magnum so yummehhh
So sesiapa yang sukakan kemanisan bolehlah cuba air hipsturrr katanya ni dekat sini! Dia ada je makanan lain dengar cerita nasi goreng dekat kedai ni pun boleh tahan sedap so yeahhh bolehlah korang cuba
Till then, mimiSJ 😘
No comments:
Post a Comment