sedih sebab blog lama sudah tak dapat dibuka! tapi jangan risau hakak akan sentiasa update melalui blog ni pulak! keep support #miminators
August 8th, 2015

Friday, November 18, 2016

Movie Review: Fantastic Beasts and Where to Find Them



Haiiii semuaaa!! Lama betul tak update blog ioldzzzz..

Haaaa korang semua dah tengok tak cerita ni? So malam semalam lepas je balik kerja terus tak fikir lama..bukak website MBO terus book ticket Fantastic Beasts and Where to Find Them

Masa nak book tu kemain empty hall..memang dapat pilih seat sesuka hati je cuoldzzz..sekali masa dah sampai dekat wayang, hambik kauuu penuh satu hall! 😂😂😂 luckily booked dulu petang tu..

Kalau cerita JK Rowling memang tak boleh lah nak tunggu tunggu! Wajib tengok okay! Cuma rugi tak bawak adik adik hakak sekali sebab cerita dia sangatlahhh sesuai untuk bawak budak budak kecik! 

So bila start je filem, terus theme song Warner Bros. Picture kedengaran! Pehhh belum start lagi dah excited sangat..satu hall cheer..yang datang pun kebanyakan se-umur dengan hakak kau ni..

So actually cerita dia pasal prequel dari zaman Harry Potter..sebenarnya dekat New York ni dah ada golongan yang practice magic, dah ada je wizards tapi disebabkan Normal New Yorker yang tak ada magic ni tak boleh tahu tentang kewujudan wizard or else perang akan meletus maka wujud lah satu organization, secret wizard organization ni, yang ioldz ingat nama dia MACUSA..MACUSA ni memang jaga betul lah supaya magic ni tak dapat dikesan langsung oleh normal people..sebab during that time ada satu activist ni tengah tentang wizard..

Filem ni latar belakang dia sekitar tahun 1920-an, Main character pulak from Britain, nama dia Newt datang ke New York dengan satu suitcase ni..mesti korang tertanya tanya kan apa benda dalam beg dia tu since kat trailer tak tunjuk pun ada apa dalam beg dia tu..ke tunjuk? Ntah hakak pun lupa



So actually dalam beg tu dah macam zoo pun ada..kemain banyak makhluk-makhluk luar imaginasi kau..yang comel ada yang seram ada. Hahah

So cerita dia bermula lepas Newt ni tertukar beg dengan nomaj (no magic new yorker), Jacob nama dia tak silap ioldz, scene ni berlaku dekat bank..so bila tertukar beg sampai je rumah, si jacob ni pelik apa pasal beg dia punya lock terbukak sendiri and then bila terbukak segala magic creatures ni bertaburan lah keluar dari beg tu ke satu bandar New York..

By that time Newt ni dah kena tangkap dengan Tina, dia ni bekerja kat MACUSA tu..haaa kenapa kena tangkap? Kena tengok lah sendiri..tapi lepastu baru tersedar tertukar beg and Newt dengan Tina ni pun cepat cepat lah cari Jacob tu..



So cerita dia actually bermula from this plot macam mana dia nak cari and masukkan balik all the magical creatures yang dah terlepas dalam beg tu..tapi buka tu saja..

Dalam masa yang sama ada satu mahkluk ni dah buat onar dekat bandar new york ni..lepastu bunuh pulak senator dekat sana..and Newt ni lah yang dituduh bunuh senat tu.. dan dijatuhkan hukum mati..dengan Tina Tina sekali kena sebab Tina ni dikira bersubahat dengan Newt sebab MACUSA cakap lambat report pasal Newt ni dekat dorang..padahal Tina ni dah cuba pun bagitahu tapi MACUSA yang tak dengar awal awal..

Tapi cerita dia betul ke makhluk yang bunuh senator tu milik Newt ni? Dan siapakah Newt ni sebenarnya??? Apa kaitan dia dengan Hogwarts? Dumbledore? Harry potter?Jeng jeng jeng

Siapa nak tahu kena lah tengok cerita dia kat wayang!! Hahahha

Berbaloi baloi okay! Tak rugi pun beli ticket dia! 

Plot cerita dia agak menarik! Lain saaaangat lah sesungguhnya dari cerita harry potter..cinematography memang tak pernah mengecewakan..ioldzz sukaaa office MACUSA ni!! Untuk plot cerita kakak bagi 4/5 bintang!!! Tapi untuk semua magical creatures dalam cerita ni kakak bagi 5/5 bintang!! 

Comel saaaangatttt niffler ni



Dia ni sukaaa sangatt benda benda macam emas duit haaa yang bersinar sinar ni semua dia suka..so masalah pertama yang berlaku pun disebabkan si niffler ni! Trouble maker betul Niffler ni tapi kalau bebetul ada kakak nak bela satu lah hahah



Yang ni pulak bowtruckle..dia ni antara makhluk yang paling pemalu dan manja. Comel sangat watak dia ni! Dia ni berguna sikit lah berbanding Niffler tadi

So apa apa pun jangan lupa tengok cerita ni okay!! Tak rugi pun 😍😍

No comments:

Post a Comment