sedih sebab blog lama sudah tak dapat dibuka! tapi jangan risau hakak akan sentiasa update melalui blog ni pulak! keep support #miminators
August 8th, 2015
Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Friday, November 18, 2016

Movie Review: Fantastic Beasts and Where to Find Them



Haiiii semuaaa!! Lama betul tak update blog ioldzzzz..

Haaaa korang semua dah tengok tak cerita ni? So malam semalam lepas je balik kerja terus tak fikir lama..bukak website MBO terus book ticket Fantastic Beasts and Where to Find Them

Masa nak book tu kemain empty hall..memang dapat pilih seat sesuka hati je cuoldzzz..sekali masa dah sampai dekat wayang, hambik kauuu penuh satu hall! 😂😂😂 luckily booked dulu petang tu..

Kalau cerita JK Rowling memang tak boleh lah nak tunggu tunggu! Wajib tengok okay! Cuma rugi tak bawak adik adik hakak sekali sebab cerita dia sangatlahhh sesuai untuk bawak budak budak kecik! 

So bila start je filem, terus theme song Warner Bros. Picture kedengaran! Pehhh belum start lagi dah excited sangat..satu hall cheer..yang datang pun kebanyakan se-umur dengan hakak kau ni..

So actually cerita dia pasal prequel dari zaman Harry Potter..sebenarnya dekat New York ni dah ada golongan yang practice magic, dah ada je wizards tapi disebabkan Normal New Yorker yang tak ada magic ni tak boleh tahu tentang kewujudan wizard or else perang akan meletus maka wujud lah satu organization, secret wizard organization ni, yang ioldz ingat nama dia MACUSA..MACUSA ni memang jaga betul lah supaya magic ni tak dapat dikesan langsung oleh normal people..sebab during that time ada satu activist ni tengah tentang wizard..

Filem ni latar belakang dia sekitar tahun 1920-an, Main character pulak from Britain, nama dia Newt datang ke New York dengan satu suitcase ni..mesti korang tertanya tanya kan apa benda dalam beg dia tu since kat trailer tak tunjuk pun ada apa dalam beg dia tu..ke tunjuk? Ntah hakak pun lupa



So actually dalam beg tu dah macam zoo pun ada..kemain banyak makhluk-makhluk luar imaginasi kau..yang comel ada yang seram ada. Hahah

So cerita dia bermula lepas Newt ni tertukar beg dengan nomaj (no magic new yorker), Jacob nama dia tak silap ioldz, scene ni berlaku dekat bank..so bila tertukar beg sampai je rumah, si jacob ni pelik apa pasal beg dia punya lock terbukak sendiri and then bila terbukak segala magic creatures ni bertaburan lah keluar dari beg tu ke satu bandar New York..

By that time Newt ni dah kena tangkap dengan Tina, dia ni bekerja kat MACUSA tu..haaa kenapa kena tangkap? Kena tengok lah sendiri..tapi lepastu baru tersedar tertukar beg and Newt dengan Tina ni pun cepat cepat lah cari Jacob tu..



So cerita dia actually bermula from this plot macam mana dia nak cari and masukkan balik all the magical creatures yang dah terlepas dalam beg tu..tapi buka tu saja..

Dalam masa yang sama ada satu mahkluk ni dah buat onar dekat bandar new york ni..lepastu bunuh pulak senator dekat sana..and Newt ni lah yang dituduh bunuh senat tu.. dan dijatuhkan hukum mati..dengan Tina Tina sekali kena sebab Tina ni dikira bersubahat dengan Newt sebab MACUSA cakap lambat report pasal Newt ni dekat dorang..padahal Tina ni dah cuba pun bagitahu tapi MACUSA yang tak dengar awal awal..

Tapi cerita dia betul ke makhluk yang bunuh senator tu milik Newt ni? Dan siapakah Newt ni sebenarnya??? Apa kaitan dia dengan Hogwarts? Dumbledore? Harry potter?Jeng jeng jeng

Siapa nak tahu kena lah tengok cerita dia kat wayang!! Hahahha

Berbaloi baloi okay! Tak rugi pun beli ticket dia! 

Plot cerita dia agak menarik! Lain saaaangat lah sesungguhnya dari cerita harry potter..cinematography memang tak pernah mengecewakan..ioldzz sukaaa office MACUSA ni!! Untuk plot cerita kakak bagi 4/5 bintang!!! Tapi untuk semua magical creatures dalam cerita ni kakak bagi 5/5 bintang!! 

Comel saaaangatttt niffler ni



Dia ni sukaaa sangatt benda benda macam emas duit haaa yang bersinar sinar ni semua dia suka..so masalah pertama yang berlaku pun disebabkan si niffler ni! Trouble maker betul Niffler ni tapi kalau bebetul ada kakak nak bela satu lah hahah



Yang ni pulak bowtruckle..dia ni antara makhluk yang paling pemalu dan manja. Comel sangat watak dia ni! Dia ni berguna sikit lah berbanding Niffler tadi

So apa apa pun jangan lupa tengok cerita ni okay!! Tak rugi pun 😍😍

Friday, August 26, 2016

Review Movie : Sadako VS Kayako (tak tengok pun tak pe haha)

Assalamualaikum wbt!

So dua hari lepas elok hakak sampai johor terus adik ai ajak pergi wayang tengok cerita hantu jepun ni..actually masa dekat IOI Mall dah ajak my friend pergi tengok tapi sebab rasa macam kenapa kita nak tengok cerita hantu bergaduh..maka masa tu cam terus tak jadi tengok.. sebab instinct kitorang kuat RASA cerita ni mesti mengarut and tak best


Tapi since adik hakak dah ajak..plus aku tak ada nak buat apa pun the next day so layankan jelah adik aku yang sorang ni..nak dijadikan cerita memang nak keluar pun malam tu so alang alang dah keluar tu tengok lah sadako ni sekali



Untuk yang tak tahu sadako vs kayako ni antara dua hantu jepun yang famous. Ala hantu cerita The Ring dengan Juon tuu..

Sadako pasal hantu yang keluar dari perigi...siapa tengok video tape berhantu nanti akan dapat call dalam masa dua hari mesti mati.. kalau english version yang video keluar dari perigi and terus keluar tv tu..tapi japan punya versi video dia hantu keluar pintu lah pulak..memula cam confius kejap asal video lain ni? Rupanya aku yang baru tahu english dengan jepun punya video tape tak sama versi. Hakak tertipu tauuu huhu

Yang ni kayako..dia punya penampakan dalam cerita ni memang kurang hajo..dengan bunyi dia lepastu merangkak turun tangga..aishhh cari pasal habis lah si kayako ni..

Kayako pulak cerita legend hantu jepun pasal ada satu family, bapak bunuh mak and anak kena bunuh dalam bath tub. lastly bapak dia bunuh diri..so hantu kayako ni mak kepada toshio (Ju On)..yang best dalam cerita ni juon dah besarrrr yorabunnnn!! Hahahahha..

Depa anak beranak ni memang terbaik bab bab nak terkejutkan orang..team terbaik lah..aku menjerit bila scene depa dua beranak ni jelah..ini yang dinamakan mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..hahhahahah..by the way Ju On tu versi english budak toshio ni versi jepun..



So macam mana depa dua boleh berlawan? Macam mana boleh berjumpa satu hal lak.. Gaduh satu hal..aku ingat kat Malaysia je buat cerita hantu lawan hantu rupanya Jepun pun nak jugak..hahaha..inspired by Afdlin Shauki maybe? Keh keh keh

Cerita ni semua terjadi sebab ada sorang awek jepun ni dia nak convert video tape wedding parents dia ke cd so mintak lah tolong kawan dia..dalam masa nak convert tu dorang kena cari video tape player tapi zaman sekarang ni siapa je lagi yang guna kan? 

Since dorang pun student so carilah kat kedai terpakai sebab murah..so nak dijadikan cerita bileh pulak depa pergi beli tape player tu sekali dengan free gift lah pulak! Free gift tu tape hantu tulah..gatal sangat tangan pergi tengok.. 

Dalam masa yang sama dekat lain district cerita pasal budak sekolah, Suzuka ni pindah dekat new neighborhood..dah pergi berjiran pulak dengan satu rumah puaka yang dah terbengkalai ni. Masa dekat sekolah kawan kawan dia cerita lah jangan masuk rumah jiran dia tu since dulu dulu pernah ada cerita siapa masuk rumah tu mesti mati..sebab ada berlaku pembunuhan..yada yada..

at first suzuka ni tak berminat pun nak masuk tapi hantu kayako dengan toshio tu keep kacau dia macam suruh dia masuk rumah tu..tu susah jiran terlebih peramah ni..aku tak nak tegur kau tegur lah pulak siap masuk mimpi..kesian lah suzuka ni..

Nak dijadikan cerita ada budak hilang kat rumah tu and suzuka ni nampak budak yanh hilang tu kat rumah tu..dia pun gatal pergi masuk rumah tu..parents dia tersedar dari tido by the time anak dia kelur and pergi ikut sekali cari dia dalam rumah hantu tu..masa ni lah yang aku jerit macam nak terkeluar anak tekak..

memang kita boleh tengok ye teamwork yang sangat bagus dari kayako dengan toshio ni untuk bunuh parents suzuka ni..tapi suzuka terselamat. Dia escape dr rumah tu dengan bantuan siapa? Jeng jeng jeng

Tengok sendiri 😂😂


Yang kiri tu kena sumpahan sadako yang kanan tu Suzuka..weh cantik gila si Suzuka ni oiii

Cerita dia simple je... since dua dua mangsa ni nak selamatkan diri..so untuk selamatkan dua orang ikut logic lelaki yang nak tolong selamatkan depa ni ialah biar dua dua ni terkena sumpahan sadako and kayako. Since dedua hantu ni degil and tak nak give up kalau nak bunuh magsa dia so mesti hantu ni akan gaduh untuk rebut mangsa dia. Dalam masa gaduh tu dapatlah dua awek ni selamatkan diri..tapi berjaya ke tak sebenarnya depa selamatkan diri? Nak tahu kenalah tengok sendiri..plua jangan lupa tengok sampai habis tayang kredit..cerita ni pun nak bagi free gift jugak rupanyaa..ciss!!

Bagi aku plot cerita dia okay je cuma cerita dia simple sangat..tak adalah seram mana since aku rasa lights out lagi seram..memang aku dah agak pun cerita ni bakal jadi mengarut tapi tulah..hakak nasihatkan korang tengok online jelah.. Membazir duit je chawlssss..Tak lama lagi je ni mesti release dah hahahahahhaha 

Tu yang nak buat review dia pun cam tak ada semangat sangat sebab tak best pun cerita dia 😂

Hakak bagi dua bintang je untuk cerita ni.
Till then,
❤️ mimiSJ

p/s: Tak sabar betul nak tengok Train to Busan 💃🏻💃🏻💃🏻💃🏻