lama tak update blog!! ini semua gara gara laptop rosak..lepas masuk icu barulah dapat guna semula..sampai delay nak update pasal iKONCERT in Kuala Lumpur..
so hari Sabtu lepas, 13 Ogos 2016, bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur..ahkakk ko ni berkesempatan menerjah konsert iKON, kumpulan dari korea selatan. masa bagitahu member semua mostly macam tak kenal siapa iKON ni..
iKON ni baru je lagi debut dekat south korea tahun lepas, 2015. diorang ni kira under satu company dengan BIGBANG dengan 2NE1 lah..memula terbentuk boy group ni dalam satu program reality TV, WIN: Who is next..masa tu nama group dia Team B je..ai tengok jugak program WIN tu tapi tak follow sangat lah since tengah study dekat shah alam masa tu..tapi masa tu diorang kalah..Team A yang menang sekarang nama dia WINNER..so winner ni debut dulu..tapi disebabkan demand yang melampau dari fans Team B ni maka YG Entertainment pun decide untuk debut kan Team B dengan nama iKON dengan niat nak jadikan depa ni ikon lah dekat Korea..
iKON ni kira gempak lah sebab berjaya pecah rekod kat Korea kot dapat dengan berjaya sailang habis 1st spot dalam semua CHART kat korea dengan guna lagu debut depa je..kalau nak tahu industri muzik dekat korea ni besar so untuk nak sapu habis #1 dekat semua chart memang susah..all kill lah kiranya..so kira hebatlah iKON ni...iKON pun menang banyak anugerah bukan dekat korea je tapi dekat negara cina juga..so dekat korea mostly depa diberi gelaran " Monster Rookie " sebab baru debut tapi memang seiring lah dengan nama group depa iKON sebab memang iKON untuk new k-pop group..kira berjaya lah group ni..
Hakak pun tahu depa nak datang KL dalam bulan May..masa mula mula YG announce dia nak datang Singapore masa tu dah kira kira budget nak pergi Singapore dah last sekali dia mention datang KL lah pulak..apa lagi terus laju laju survey bila iME as organizer launch tiket..sekali dia launch dekat sg wang plaza lah pulak..memang tak lah ai nak pergi beratur bagai kat sana kann...
Bobby 😍
lepas sibuk tanya dm tweet ime baru perasan dekat selected outlet pun ada jual. apa lagi terus berdesapp pergi beli tiket dekat Neway. itu pun mula mula berkira-kira nak beli zon mana sebab ai memang tak suka pergi konsert tapi duduk..rasa macam dalam class je nanti. LOL
nak dijadikan cerita, lepas dah beli semua iME keluar notice buat lucky draw untuk sound check party..sound check party ni kiranya dapat masuk dulu untuk tengok dorang rehearsal..alhamdulillah ter-lucky pulak number bar kat tiket ai ada naik pulak..hahaha
on that day, 13 Ogos 2016 tu..kena pergi ambil sound check party punya wrist band dalam pukul 10 pagi macam tu..so dari damansara gerak naik LRT dalam pukul 11 jugak sampai Stadium Negara ni..senang jugak lah bila ada LRT tak payah kabut nak bawa kereta cari parking bagai..naik je LRT sampai Hang Tuah lepas tu jalan kaki ikut jejantas dah sampai chawllsss..
Antara barang barang yang hakak dapat daripada sponsor ikoncert ni..Thank youu 100 PLUS and Nivea!! Sangat berguna okay.. sepanjang dekat stadium tak berhenti henti 100PLUS sebagai penaja utama bagi 100 PLUS..sumpah akak boleh kira dapat +-10 botol lah jugak untuk haritu saja..rasa kalau kumpul tu boleh derma kat orang tak pun jual balik..aishhh tak terfikir pulak masa tu..hahhahahah
apa lagi terus berlari lari lepas turun dari hang tuah tu..pulak sampai stadium semua orang macam zombie duduk depan security area untuk scan..terus buat muka tak tahu malu and jerit..
"sorry sorry excuse me i'm late for sound check..make way for me please..sorry..."
peh masa tu dah lencun dah..dengan panas lagi..ramai orang pulak..once again nasib baik ada 100 plus..bagi nyawa betul..tetiba bila fikir balik bersyukur dapat free 100 plus sebab memang mana mana konsert pun tak boleh bawak masuk air..so phewwww..nasiblah ada 100 plus..kalau tak mati dehydrated hakak kau ni ha..padahal masa hari tu macam menyumpah nyumpah dorang ni asyik bagi air je..serious hakak ada sampai letak kat tepi tong sampah sebab ko bayangkan hakak sorang dia bagi sampai 2 botol..apakah motip dia kan? hahahah
lepas sound check tu kitorang kena keluar balik and beratur semula..tapi masa ni hakak lari bebetul keluar
Ini semua sebab nak cari konbat, (sejenis lightstick) yang wajib kalau kau ni ikonic sejati..tapi disebabkan budget dah lari shopping kat times square maka hakak mampu beli yang ni jelah..katanya made in korea..
Tapi serious tak menyesal beli sebab cantik and cute je..ringan tak menyusahkan sepanjang konsert dengan nak record lagi (ehemm sebenarnya tak boleh record okay..tapi ada aioldz kisah? kekekekke)
dalam pukul 6.30 kitorang dah boleh penuhkan stadium..disebabkan masa que tu dah ikut nombor que kat tiket so tak payah berebut dah nak stay dekat mana..
hmm kalau emotional moment pulak masa Long Time No See bila depa cam nak nangis since masa ni tengah buat special event..and of courseeee masa CLIMAX..ioldz terus nangis..hahahahha..sorry bigbang tak berniat pun nak curang macam ni tapi lagu climax ni bagi hakak dia punya maksud tu memang sangat membina tau..
dalam pukul 6.30 kitorang dah boleh penuhkan stadium..disebabkan masa que tu dah ikut nombor que kat tiket so tak payah berebut dah nak stay dekat mana..
Orang selalu concern nak solat kat mana kan kalau konsert macam ni..jangan risau lah sebab selagi namanya Malaysia ni surau bersepah sepah..dekat dalam stadium ni pun ada haa..okay je selesa semua..
Konsert pun start 730 should be dah lepas waktu maghrib so tak ada excuse nak cakap yang pergi konsert ni tak sembahyang sebab last last terpulang kat diri sendiri jugak kan.. Ouchhh burnn baby burnnn
Semua dekat stadium haritu dapat free hand banner untuk buat special event untuk iKON lah kekdahnya..thank you untuk semua yang dah sumbang dana untuk jayakan this event 😘
Masa opening..iKON nyanyi lagu rhytm ta..oh maiiii dia punya vibes tu sampai harini kalau tengok video dia pun still rasa nak menangis..you just got this chill yang macam tah tak tahu nak explain macam mana..to be honest lepas lagu climax masa kat final WIN..ai memang paling jatuh cinta lagu rhytm ta ni..maybe vibes dia lebih kurang fantastic baby-bigbang..so macam melekat sikit kat jiwa ni melodi dia..eceyhhhh
Kalau nak tanya bias akak siapa dalam iKON ni ofcourse ioldz pilih my son, June..suara diaaa..emas tau emass..ni kalau bertanding dekat olimpik boleh menang satu pingat emas untuk korea rasanya..june ni kalau tak buat orang jatuh cinta tak tau lah..second bias ofcourse leader, B.I. (Hanbin) and then BOBBY..peh double B ni rap..menangissss darahh kau tahu..best gila colab dorang..
Antara best moment sepanjang konsert ni bagi ioldz ofcourse first song, masa Rhytm Ta....Sinosojak..lepastu masa solo stage bobby-GO..
UP and DOWN ikon cover EXID goshhhh sexy habisss..
Mungkin yang tulis lagu ni ikhlas so bila dorang nyanyi pun ikhlas so kita dapat rasa apa yang dorang rasa..omg hakak rasa cam poyo gila sekarang..
Kk climax ni dia cerita pasal iKON ni lah macam mana struggle and desperate nya dorang ni dekat WIN nak menang (tapi kalah 😭) lepastu bila leader dia mention yang dia tak kan tinggalkan member dia yang lain and tak kan give up on them..fuhhh..bergenang jugak lah air mata ni 😅😅😅😭😭
Another best night ever lah since suka tengok dorang happy and crowd pun daeebakkk!! Semua hyped amd happy je malam tu..iKONICs Malaysia memang terbaikk..
So untuk more videos sepanjang iKONCERTinKualaLumpur ni bolehlah check it out at my instagram
Till then,
❤️ mimiSJ
No comments:
Post a Comment