Thank you sebab sudi singgah baca review dekat blog hakak..actually this is my second blog..yang first hakak dah lupa password dia and dah try retrieve but still cant access so yeahh..terpaksa lah create another account..
Sedih lah jugak since i have started in this blogging area since secondary school..until my diploma years..Lepastu hakak cam dah slow sikit update bila masuk degree since busy dia tak terkata yorabun..
So now i have decided to start over.. Rindu sangat nak menulis ni.. Kalau nak cerita pasal menulis ni dari sekolah rendah pun dah start tulis diari tapi masa tu just tulis dalam buku barbie yang ada lock tu je..haaa siapa pernah ada buku tu? Ke ioldz sorang je yang kecik kecik dah fefeeling buat diari bagai ni? Hahahah..maka tu pasal hakak buat this new blog! Okay terpanjang pulak mukadimah ai harini chawls..
Okay so today ai nak review pasal dua benda..first sekali nak review pasal satu korean movie yang tengah meletop letop dekat korea till now : The Wailing and then kita proceed ke Zeven Cafe. Okay? Lets!
Along the way tu ada this one unknown lady yang keep bagi ayah budak ni information..tapi dia ni sekejap ada sekejap hilang..misteri sangat watak dia...even sampai sekarang pun hakak tengah pening dia ni siapa sebenarnya..hantu ke orang ke apa sebab tak diceritakan pulak kisah dia dalam ni..haishhhh
#1 The Wailing
( All sources used credit to the owner via Google Image )
Tengok poster dia pun macam...okay..something is wrong with this movie? "Deliciously Entertaining" "Darkly Unsettling.."
Okay so apa yang dia papar kat poster dia ni memang sesungguhnya benar belaka..hakak tahu pasal this movie pun masa tengok satu recent korea variety show : Happy Together. Host dia, Yoo Jae Suk mention pasal cerita ni tengah meletop dekat korea sekarang. So curiosity pun bertambah so hakak google lah sekali memang cerita baru pun..Baru release Jun haritu..
So malam semalam bertemankan my sister and lil brother..kitorang pun streaming lah dekat laptop since cari cd dia memang tak ada lagi..Malaysia pun tak masuk cerita ni.. So option last yang ada --> internet ofcourse!!
Cerita dia berdurasi 2 Jam 36 minit..Bahasa korea plus japan..sepanjang cerita ni honestly speaking hakak tak focus sangat sebab tengah sibuk makan dengan hunt Pokemon 😅😅 tapi i did watch okay! Sebab hakak ni kalau cerita hantu tak nak focus sangat sebab takut nanti termasuk dalam mimpi..serammmm
Okay..
The Wailing ni cerita dia pasal ada kes pembunuhan berantai dekat satu area perkampungan dekat Korea ni. Lepastu penduduk dekat kampung tu semua macam tuduh this one japanese man yang buat semua pembunuhan tu. Untuk setiap kes tu mesti akan tinggal satu budak kecik je yang survive
Ni lah orang jepun yang dituduh bunuh orang kampung tu.
Nak dijadikan cerita yang siasat kes ni hanya dua orang polis tapi antara dua orang tu, sorang ni keep mimpi pelik pelik pasal orang jepun tu..Lepastu satu hari ni anak dia sakit sampai terus berubah perangai..jadi kurang hajar mencarut semua padahal anak dia baik je
So dari situ sebagai ayah dia cuba nak figure out apa benda yang berlaku sampai pergi siasat rumah orang jepun tu..then dia discover something..sampai panggil monk and church bagai lah untuk ubatkan anak dia..sebab dia percaya ada hantu rasuk anak dia..
Ni antara scene monk ni tengah berlawan nak keluarkan hantu dari badan anak dia ( scene ni agak interesting sebab kita mana pernah tengok how korean and japanese handle kes rasuk semua ni kan? )
Bagi hakak cerita dia quite interesting since dia bagi kau fikir like seriously you need to guess banyak benda..dah dua jam kan so banyak gila benda yang berlaku..jangan cakap cerita hantu melayu je boleh bangunkan balik mayat..dia pun ada weh..tapi versi macam zombie pun ada hakak tengok..movie ni bagi hakak dia banyak unsur misteri/seram/thriller..permulaan dia quite slow tapi makin lama makin best lah..cerita dia akan berdolak dalik sebab once kau rasa kau betul ehhh tetiba macam salah pulak kau punya jangkaan tu tapi tetiba ehhh betul lah..dan benda akan berulang ulang sampai habis 2 jam 36 minit tu..kurang hajo sangat cerita ni main main dengan perasaan ai tauu
Apa apa pun boleh lah korang usha movie ni. Rotten tomatoes bagi 100% tapi hakak bagi 75% sebab hakak tak suka sangat cerita nak kena fikir doploh pat jam ni..dengan menyampah bila dah fikir hakak dapat teka betul jap lagi salah..rasa dipermainkan gituu..hahahahah
Overall korang bolehlah cuba tengok cerita ni! Lepastu bagi review korang pulak okay pasal cerita ni?
Hakak bagi 3 bintang untuk The Wailing 🌟🌟🌟
#2 Zeven Cafe Johor Bahru
Nak dijadikan cerita, last weekend hakak temankan si makcik ira ni pergi cari makan..asalnya nak pusing pusing tengok lampu je tapi tetiba makcik ni kata lapar nak makan dim sum tapi entah macam mana boleh terend-up dekat Zeven Cafe haaa..
Cafe ni terletak dekat area Bandar JB..dekat Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad..berdekatan dengan Banafee Village, Yew's Cafe haa lagi satu landmark dia Menara MAA..haa kalau jalan jalan nampak menara ni dah dekat lah tu..
Cafe ni buka setiap hari kecuali isnin dari pukul 4 petang sampai 2 pagi..korang boleh follow instagram Zeven Cafe @zeven.jb
Disebabkan ni pertama kali datang sini, hakak macam ada this high expectation lah dekat cafe ni since kita semua tahu siapa owner dia plus ramai je member hakak dah pergi..hakak je yang tak berkesempatan nak pergi..busy apa pun tak tahulah..so first sampai tu macam..okay..cantik decoration dia..plus hakak memang sukaaaa gila fairy light tu hmmm (perempuan kan ko expect apa)
So memang hajat pertama tu kesampaian lah nak tengok lampu sangat kan..hahahha
Bila dah duduk tu terus mintak menu lepastu lupa terus nak ambil gambar menu semua..pulak tu terserempak dengan owner zeven cafe ( Aidil and Zarema)..makin bertambah lupa nak ambil gambar menu dia..haha..ampun oii hakak excited sampai lupa 😂😂😂
Malam tu hakak makan Chicken Chop harga dia dalam RM16+ tak silap.. Air pulak Orange Juice since makan benda goreng kan acah acah takut muak tu nak air yang masam masam..siap tanya lagi kat pelayan dia to make sure yang ni bebetul juice and bukan kordial..hahahah
Ni semua punca sebab selalu kecewa tau nanti order nak jus sekali dapat air kordial je..masa tu boleh terus buat badmood
Hakak rasa chicken chop dia biasa je, lol..boleh je dapat yang sedap lagi..dari segi harga memikirkan portion dia yang quite big for me sebab hakak tak habis makan pun..kenyang weh 😂😂 plus memikirkan cafe ni yang terletak dekat area bandar so hakak rasa okay lah 💁🏻
Ira pulak try Grilled Chicken - RM17+
Yang ni pun hakak rasa biasa biasa je..biasa tu tak adalah tak sedap..sedap je cuma rasa dia rasa typical grilled chicken with blackpaper sause lah. Hahahha. Tak ada pun that special wow taste yang boleh ikat hakak untuk keep coming to this cafe..
Cuma yang mungkin akan buat hakak datang balik ialah untuk cuba dessert dia macam gorpis (Goreng Pisang Cheese) and coffee dia yang orang cakap best.
Hakak tak cuba masa ni sebab dah malam acah acah tengah diet so avoid caffein and sugar (hmmm memang orange juice tu tak bergula kan mi? Hahahha) so maybe next time nak cuba dessert pulak..haa. Btw dia ada serve cakes jugak tau! Nampak macam sedap sedap je semua tapi sebab dah kenyang dengan chicken chop terus tak jadi order 😅
Definitely will come again untuk cuba cake! Sambil lepak lepak gossip semua..(of course)
So korang dah pernah lepak sini? Apa pendapat korang? Best tak cafe ni?
No comments:
Post a Comment